ketika kita berpisah
air matamu tidak mengalir
kau hanya tersenyum
wajahmu
sesegar matahari terbit
mengusap mataku mesra
senyummu
seindah pelangi
melonjak hatiku keriangan
matamu secantik bintang malam
memukau hatiku menatap pasrah
pelukanmu erat
seteguh harapan cintamu
kata hati ku terlepas
kala rambutmu membelai pipiku dalam pelukanmu
aku mencintaimu
itulah pengakuanku
kini kita berjauhan
membelakangi cinta mengejar impian
dan kini aku mempersoalkan
mengapa impian meragutku pergi darimu
menyesatkan hati dan fikiranku
meracuni hatiku dari cinta
sehingga masa menjarakkan kita jauh
dan cinta semakin pudar dalam memori hati
kini kurasa tiada apa padaku
hanya sepi menemaniku
namun sepi telah menyembuhkan telinga hatiku
kerana hatiku mulai mendengar rindu
kenangan menari-nari dan berdendang
bercerita kepadaku setiap malam
memori cinta,harapan dan penantianmu
hatiku jelas berkata
aku telah bersalah padamu
fikiranku jelas menangis
merayu detik masa kita berpisah harus diulang
kerana aku ingin berkata
kata yang harus kuucapkan seterusnya
ketika kali terakhir kau memelukku erat
jangan lepaskan pelukanmu dan
jangan biarkan aku pergi
kerana aku telah sedar
kaulah kekasih sejatiku dan
kerana aku hanya ingin
bersamamu selamanya